Sunday 2 November 2014

SAKIT SENDI SAKIT ORANG YANG BERUSIA ATAU......

Atau.....

Siapa yang rasa sakit sendi ni utk nenek-nenek atau atok-atok angkat tangan...
Pada saya sakit sendi ni merangkumi lenguh-lenguh, kejang, kebas dan rasa susah nak bergerak terutama untuk solat. Atlet pun tak ketinggalan pasti mengalaminya.



Tapi kita sering kali dengar makcik-makcik yang mengadu...makcik ni susah nak begerak lutut ni sakit sangat, solat pun dah pakai kerusi nak..kesian sangat sebab memang sakit sebenarnya bukan barang mainan yang makcik-makcik ni adukan. Berpuluh ringgit duit dah di habiskan berulang ke klinik dan hospital tetapi sementara je atau lansung tiada perubahan.

Kadang kita sebagai anak pun dengar je keluhan sakit mereka, paling tidak pun kita bawak ke klinik ambil ubat tahan sakit dan sebagainya. Makcik-makcik ni rajin bersembang dengan jiran tetangga yang seusia dengannya, jadi saya sering kali dengar makcik-makcik ni akan mencadangkan pelbagai solusi ada yang suruh makan jamu, ada yang suruh cuba tonik, ada yang suruh jumpa tabib tak ketinggalan supplement dari pelbagai jenama yang ada di pasaran. Percaya atau tidak makcik-makcik ni menggunakan tabungan mereka sendiri untuk berikhtiar..

Yang pasti makcik-makcik ni tidak bekerja menghabiskan sisa-sisa hari mereka di rumah untuk beramal ibadat ada yang masih sibuk menjaga cucu walaupun badan pernah separuh lumpuh. Sedih nasib makcik-makcik ni sebenarnya..

Bila makcik-makcik ini menyuarakan hasrat nak mencuba produk yang di cadangkan anak-anak akan nanti dulu lah mak, saya tak bergaji bulan ni atau ala mak mana la nak ada duit, mahal benar...kesian makcik-makcik ni..sungguh saya simpati..di kala usia emas ni makcik-makcik ni bukan di bebani dengan cerita duit tak cukup dari anak-anak atau mintak tolong jaga cucu cicit..tapi inilah yang terjadi dengan masyarakat kita.

Mak Vs Anak ..pasti jika anak kita tidak sihat laju benar kita bawak ke klinik, pakar dan cari solusi agar cepat sembuh..walapun tahap kewangan tidak mengizinkan diusahakan juga, di gagahkan juga demi anak...Apa beza dengan Mak?? Pusingannya sama ..kita akan jadi mak yang saya cerita di atas ..

Jika sakit sendi mereka melarat nanti kita juga yang akan komplen sana sini..jadi hadiahkan la mereka dengan produk yang mampu membantu tak banyak sedikit mengurangkan kesakitan agar mereka mudah untuk beribadat. Antara produk kesukaan saya even saya pun amalkan..sape kata yg muda takda masalah sendi...cuba-cuba la fikir ya...



No comments:

Post a Comment