Sunday 2 November 2014

REZEKI..? MENJEMPUT ?

Kalau nak cerita rezeki ni kita biasa fokus rezeki tu kewangan kan..Sebenarnya rezeki ni macam-macam luas pengertiannya..kesihatan, kebahagian, ketenangan, mudah bersedekah..dan banyak lagi..

Dulu saya takda pun terfikir rezeki tu merangkumi pelbagai ruang kehidupan sehinggalah dating dengan geng-geng shaklee,,,tu dia, dari minda yang tertutup tentang rezeki terus macam kena curah clorox hehehe,,

Selama ni minda agak tertutup fikir rezeki susahnya payahnya sebab fokusnya adalah kewangan semata, tapi rupanya bila dah kena clorox tu ya allah sungguh rupanya tak la rumit mana ..sebenarnya rezeki tu sentiasa ada setiap saat cuma kita ni tak sedar..

Menjemput rezeki dengan geng-geng Shaklee tak lah susah mana pun standard je amalannya yang wajib solat, zikir dan solat sunat tak yang luar biasa..yang biasa-biasa cuma yang penting FOKUS dan ikhlas..

Selain tu di galakkan berzakat, sedekah dan infak...kat sini kita bukan la cerita tentang RM semata ..nak menunaikan yang tiga ni boleh pelbagai cara..sedekah makanan, sedekah senyuman, sedekah tenaga..zakat harta, zakat tanaman, terpulang jangan kecilkan pemikiran kita kepada RM untuk menunaikannya..

Yang penting nak jemput rezeki ni mintalah padanya, berdoalah, merayu la mengadu la dan buatlah apa yang telah di gariskan ..biarlah seimbang dunia dan akhirat...kita nak rezeki melimpah ruah tapi kalau amalan kita tak melimpah camne nak tampung rezeki yang ada tu..nanti rezeki tu akan melimpah keluar ke tempat yang tidak sepatutnya..

Nak mudah mulakan membaca buku mudahnya menjemput rezeki, buku yang simple dan senang di fahami,,antara nak atau tak kita kaji dah relate dengan kehidupan kita dan comparekan apa yang ada dalam buku dan kita...




No comments:

Post a Comment