Wednesday 6 May 2015

SHORT VACATION 3-4 MAY 2015

Memandangkan since october 2014 tak bawak anak-anak kemana-mana, setelah habis tempoh berpantang, we all plan ke Legoland pada cuti umum yg lepas. Kebutulan tarikh tu adalah anniversary STAR WARS jadi kami sekeluarga tidak melepaskan peluang utk bersama-sama dengan legoland menyambutnya.. ada pelbagai aktiviti yg berlansung

Cuma this time round anak dah 4 tak sama dengan anak 3 sebelum ni,,and yg pasti bawak new born, agak mencabar. Legoland as usual memang panas udara nya walaupun cuaca redup.

Kali ni kami tak masuk ke waterpark memandangkan dah may minggu-minggu exam dan sukaneka jadi anak-anak enjoy seboleh mungkin di theme park.

3 May tiada banyak aktiviti dapat dilakukan ..bertolak dari KL jam 830am sampai dalam 1230pm cuaca tak berapa cantik ..redup, mendung dah renyai..banyak habis kan  masa dengan berteduh. Baby pun meragam sakan hari ni sampai semua tak enjoy. 

Keluar dr legoland jam 7 camtu terus check in hotel then dah mandi-manda keluar balik jumpa member and makan sambil pass brg dan ambil hadiah princess kami yang tertangguh berbulan-bulan 
May 4th jam 9pg kami dah check out hotel, hari ni ada opening tuk Star Wars anniversary..dengar-dengar ada goodie bag tuk 500guest yg memakai apa jua item star wars (baju gambar star wars, costume macam darth vader etc, jam, topi) name it as long ada bentuk star wars anda layak dapat goodie bag tersebut. Jadi kami ber 5 cuba memenuhi konsep star wars...kami entitled 5 goodie bag ..Alhamdullilah ..goodie bag sangat berbaloi..

ni item dlm goodie bag

Princess kami asyik dengan stage show Friends dua hari berturut-turut tgk show..




yg no 2 mcm tak berapa enjoy asyik grumpy sebab terpaksa follow tgk friends...sian anak mama kan dah la boy kena tgk friends...sorry la ya nanti time ninjago stage show mama promise we will visit again k.



yg no 3 ralit dengan star wars 





well for me nothing much just nak anak-anak terhibur walaupun vacation ni in day 45 and 46 after delivery demi anak ku gagahkan juga :)

Sepanjang vacation ni teman setia tak tinggal...Bcomplex, Ostematrix, SR Vita C, Omega dah Performance Drink memang menemani. 

Jam 4ptg kami dah check out dr legoland and terus balik ke KL sampai dalam 930pm

Hope can get more vacation this year..jom usaha :)

Tuesday 5 May 2015

BREASTFEEDING JOURNEY UTK NO 4

Kali ni dapat mengada-ngada nak skin to skin in OT hahah sebab dapat LC touch dr bff aka nurse yg comel..dah plan berbulan-bulan dengan dia ...dia pun sama berdebar tunggu no 4 ni..dia lagi excited sebab dia miss 2 delivery sebelum ni...

So pagi-pagi 20 Mac dia dah sampai masuk OT sesenyap hahha tak inform pakar tak inform pead..masuk-masuk dia sengih-sengih ..say hi, hi then lepas baby keluar cecepat dia ambil and weight kan n bagi pead check semua ..then dia bg skin2skin dalam 5minit ..kejap jer even kejap tapi sangat bermakna..takda picture ya sebab hubby dah keluar masa ni .

So dlm kul 10am baby dapat room in dah Alhamdullilah ...takda la susah nak latch on pun ..yerla anak no 4 kan cuma nak moving semua abit hard la almaklum la 1/2body still under anastetik lagi...need help dr nurse now on then ..susu tak cukup semua takda isu memang susu melimpah ruah..Day 3 memang dah tak leh nak menampung lagi dah rasa macam nak demam urat nak angkat tangan pun tak boleh ..bengkak susu melanda hahhah..pinjam pam dr wad ..konon-konon malas nak pam sebab fikir takda siapa yg nak minum nanti ..

Well-well rupanya ada orang tu rindu ..so dia request bagi je la tuk 2-3minggu dia minum EBM dlm botol air dia...kesian abg kan ...takpe la abg rezeki awak tuk sambung ...susu memang meriah sangat meriah..i memang dr golongan susu yg  meriah ..tapi kali ni mmg meriah sangat ..semua bergantung pada badan..badan tak lesu, tak stress, makan, makanan seimbang berkhasiat ..hati senang susu pun flow senang..

Few picture tuk tatapan utk membakar semangat kalian yg sedang menyusu..

masa dalam wad






berkenaan jaundice pula, most kids ada jaundice antara tinggi atau rendah , anak-anak saya most ada mild jaundice tapi saya percaya PENAWARNYA adalah SUSU IBU, saya tidak mengamalkan apa-apa petua utk menurunkan jaundice anak-anak saya kecuali jemur dia sekejap di bawah sinaran matahari pagi itu sahaja! selainnya adalah susu ibu..

Perlu ke RISAU tentang jaundice? jaundice baby tak sama dengan jaundice dewasa..jaundice dewasa adalah petanda kegagalan hati berfungi..tetapi untuk jaundice baby sebalikanya, sistem belum matang proses utk mengeluarkan bilurubin. Cara pengeluaran bilurubin dengan feed baby sekerap mungkin supaya baby kerap kencing dan berak..najis yg bewarna hitam legam tu akan keluar dalam 2-3hari selepas tu najis akan bertukar kuning..TETAPI jika najis baby ada bewarna lain selain dr kuning contoh bewarna cream/putih sila dapatkan perhatian pakar. Jaundice yang perlu di ambil berat adalah sekitar day 1-7 selepas day 7-10 keatas ia dipanggil breastmilk jaundice ...nampak kekuningan pada baby tetapi pekembangan baby normal berat meningkat dan berak kencing kerap dan warna normal iaitu kuning, kebiasaan doktor akan letgo dan minta teruskan penyusuan macam biasa dan tidak perlu risau apa-apa..

ibu-ibu di nasihatkan meninggalkan segala jamu atau makanan yang boleh menyebabkan jaundice meningkat sekurang-kurangnya 40-44hari. Selepas pantang jika baby sihat boleh teruskan dengan misi ibu-ibu yang nak MELETOPS selepas pantang nak naik kerja kan ..MESTI nak IMPRESS org office tak gitu.

HAPPY BREASTFEEDING !!

INGIN TIPS TINGGALKAN CONTACT DI KOMEN ..SAYA AKAN BANTU ANDA


BERPANTANG KALI KE 4

Tajuk sangat bersungguh-sungguh macam pantang cara tradisional sangat. Takda pantang beria pun sebab anak dah 4, mana yang nak sekolah mana yg nak pergi kerja..makan minum lagi..
Macam biasa la saya ni WAHM memang semua sendirian berhad takda helper, takda maid. Jadi bila time pantang ni life must goes ON gitu ..tak masak jawapan anak-anak tak makan la kaedahnya kan. Takleh nak memanja sangat la cam orang lain. Discharge hospital at day 5 so balik tu kita tapau je food hehhe takda mana sempat nak masak kan. Makan la anak beranak setelah 5hari away dari anak-anak day 5 baru dapat bersatu kembali..

Pantang sebelum-sebelum ni especially no 1 dan 2 memang tak beli apa-apa set bersalin just beli pil haruan n ikan haruan itu jer la yg di makan masa dalam pantang..takda fikir nak kecut ke nak rapat ke apa ke. Fokus utama breastfeed dan nak par level kan jaundice itu sahaja. Makan pun makan semua ikut badan and tekak.

Tapi no 4 ni memang dari awal consume shaklee dr deliver yg no 3, sebabnya pakar dah warning masa no 3 no more haruan kan ..cuma bezanya masa no 3 consume zinc complex dan ESP soy protein sahaja..masa ni jahil lagi lom jatuh cinta dengan shaklee..makan just tuk fokus baikkan luka asap. Yang ke 4 ni memang dah makan basic set (bcomplex, ostematrix, SR Vita C, ESP, MS,PD) dari awal jadi lepas bersalin sambung jer makan add on zinc complex dan lechitin.

Bersalin kali ni sama je proses nye kena bukak jahit selepas seminggu hahaha...fobia kan dengar...sebab tu FOKUS nak cepat baik luka ...So by day 5-7 tu memang dah leh move freely rasa perit tu standard la tapI bukan tahap berguling-guling pun, Bila jumpa pakar by day 7 wah luka memang takda kudis apa pun bersih kulit semata dan ada satu line parut yg pudar bukan parut yg hitam legam tu..impressive gitu hasilnya. Pakar pun cakap well cantik so see you in 3mths time tuk paps smear..Saya ada ambil tonik ajaib alhamdullilah memang rasa LAIN..saya ambil atas kapasiti badan dan kesesuaian badan sendiri juga baby. Saya takkan tunding jari kemana-mana pihak sebab saya yg makan dan risiko saya dgn hati terbuka terima..memang bahaya tonik ni sungguh..kulit gebu bersih..luka cantik..badan segar bugar 



So rutin memasak semua berlaku seawal day 8 camtu siang ikan etc, masak dah sebagainya..siapkan anak-anak nak ke sekolah bagi makan. By 2week dah pegang stereng kereta sebab terdesak takda siapa nak hantar anak sekolah so far alhamdullilah takda rasa apa-apa sakit ke apa, takda bentan dan sebagainya. Segar dan rasa FIT.

Berat last pregnancy 58kg day 7 post delivery dah 51kg, lepas 2 minggu dah pakai jeans normal bukan maternity jeans ya...size 26!! Dalam 2minggu ni jugak pelbagai hasil baking terhasil..










Jadi sepanjang 44hari berpantang, rutin harian saya macam hari-hari biasa..tiada yg special pampered or mandi air rebusan sekian ke ..memang tak sempat pun ..jadi memang saya pentingkan yang dalaman. Orang kata eh tak baikkan dalam pantang cergas sangat, eh nanti dah tua kau tau la..Pada saya cergas atau nak bermanja-manjakan badan sampai tak begerak lansung itu terpulang hak individu. Nanti dah tua atau sekarang pun rezeki masign-masing..TAPI kalau takat pantang 44 hari lepas tu melantak macam nak rak sama je kaedahnya rasanya...apa kita makan sekarang adalah kita di kemudian hari..Jadi makanlah benda yang menjamin kesihatan dikemudian hari dr awal bukan sekadar waktu BERPANTANG.


PERINGATAN: APA YANG SAYA TULIS NI ADALAH UNTUK BADAN SAYA YA..NI BUKAN TREND KE APA ..SAYA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB JIKA ANDA INGIN FOLLOW... :)

Saturday 2 May 2015

4th Pregnancy Delivery

Lama dah blog ni bersawang..maaf lah yer tak sempat nak menjengah busy semenjak anak sulong masuk darjah 1, rutin jadi packed..Supir tehormat katakan :) 

Sepanjang tempoh pregnant yg ke 4 ni sebenarnya yg ke 5 tak banyak ragam apa pun ..biasa ja cuma selera makan tak lah membuak-buak, biasa normal berat pun takat naik 15-16kg ..masih banyak la cuma tak pecah rekod no 1-3 yg mencecah 20kg hahahah..

Sepanjang tempoh pregnant ni jugak teman baik saya adalah supplement dari shaklee ESP Soy Protein, Bcomplex, Ostematrix, SR Vita C, Meal Shake dan Performance Drink..Banyakkan..Bcomplex dan Ostematrix tu kemestian tak boleh miss ..anak dah nak masuk 4 kan masa tu stress level menguruskan anak-anak yg pelbagai ragam jangan la tanya hahaha...jadi Bcomplex ni membantu mengawal stress level...Ostematrix ni membantu mengelakkan segala cramp dan kekejangan yg sering di alami ibu-ibu mengandung..DAN KELEBIHAN OSTEMATRIX NI hish siapa yg sering sembelit time pregnant amalkan lah sangat-sangat membantu! Kombinasi Bcomplex dan Ostematrix bila di ambil sebelum tidur lagi AWESOME tidur walaupun 2-3jam sangatlah berkualiti dan bangun segar bugar takda rasa sengal sana sini ..sendi-sendi semua well function tanpa sebarang masalah ..







Diam tak diam kejap nya masa berlalu hari yang ditunggu 20 Mac 2015 pun tiba..Elektif Csect ..
19/3/2015 lapor diri ke hospital tuk admission ..operation 20/3/2015 jam 7am

Sebelom kena puasa malam tu last meals sebelom jam 12am..
ESP+MS shake sengan Fresh Milk
3biji Bcomplex
4biji Ostematrix
1 gelas Performance Drink
Persediaan utk keesokkan harinya setelah selesai operation kena berlapar sekitar 6-8jam lagi..

Csect kali ni macam biasa la choose spinal block ..hahah sapa yang dah rasa je tau camne la rasa kena cucuk kat spinal tu ... org maybe akan fikir "dia ni x serik ke beranak operation?" hmm sakit tu hilang bila tgk anak tu lahir...and joyfull moment tu tak dapat dibeli kat mana-mana...

Sepanjang dalam OT hubby memang ada disebelah live telecast tengok pakar slice ..dia komen eh better scar kali ni x macam dulu-dulu...dulu saya tgk scar kat dalam tu mcm lemak ayam susah pakar nak slice...

dulu masa slice up dah kena warn no more PATI HARUAN, IKAN HARUAN OR PIL HARUAN..jadi semenjak itu saya setia dengan SHAKLEE dan hasilnya ..ALHAMDULLILAH pakar bagi green light tuk no 5 kalau i nak la..

kronologi CSECT

6am dah bangun dan nurse dah get ready kan apa yg patut...bagi ubat tuk kosongkan bowel system
mandi semua..then 630 dah kena tolak masuk OT tunggu Anastetik datang tuk buat spinal block. 655 gynae dah sampai nak start OP 7.10am baby born ...830am masuk recovery area tuk 1/2jam then lepas tu ke wad tunggu baby..OPs yg paling pantas..a healthy boy 3.35kg..


Selepas 8jam dari OPs benda pertama yg saya jamah adalah ESP dan Meal Shake dan selepas tu cari Bcomplex dan Ostematrix. dah bertenang baru makan bubur nasi yg pihak hospital sediakan 


Friday 5 December 2014

RISIKO BILA DUDUK APARTMENT

hmm bukan tidak bersyukur dengan rumah yang sedia ada, Alhamdullilah syukur kerana pada usia muda mempunyai rumah sendiri tanpa perlu menyewa. Harga rumah di KL ni faham-faham je lah kalau bawah 200k memang merasa rumah yang bertingkat-tingkat sahaja.

Al-kisah rumah kami ni dah almost 10yrs. Lately ni bahagian dapur dan yard dapur dan macam ada snow falling off dari siling ..bukan snow macam cerita FROZEN tu tau..ni snow yang jatuh adalah serpihan/rekahan cat yang tertanggal dari siling dapur dan yard. Mula-mula fikir maybe pemaju pakai cat murah tapi ..tapi mati di situ tak mencari punca atau bertanya..makin lama drop off cat makin besar dan luas..Hati risau jgn la kitchen cabinet ni menyembam ke lantai gara-gara kembang


SEBULAN LEPAS
NOW
Isu ke dua pula wall master bedroom dan hall kami dinaikin kulat memang buruk ...fikir maybe cat murah pemaju guna tapi waimah cat murah sekalipun patutnya KULAT terjadi di luar dinding apartment yang expose matahari dan hujan bukan di dalam unit rumah. 




Suatu hari kak wa bercerita mengenai rumah di landa banjir gara-gara salur paip hujan tersumbat!! Dari situ barulah terfikir entah-entah isu kami ni ada kaitan dengan salur paip mana-mana yang bermasalah.

Mula hubungi budak maintenance bangunan dia kata kulat sebab cat kak..bukan leaking, kalau leaking mesti ada water mark. Sampai saat ini masih rasa tak puas hati dengan penjelasan CAT tu. Lepas tu budak ni claim pemaju pakai cat murah. Cat murah atau mahal kalau takda serapan air dari mana-mana impossible la naik KULAT. 

Berkenaan siling dapur ya memang unit atas kami bermasalah, yang sedihnya unit atas ni menyewa dan tak bagi kerjasama bila minta no owner. Sampai saat saya menulis ni masih tiada sebarang perkembangan berkenaan isu ini, Maintenance pun bagi seribu satu alasan bila bertanya tentang contact no. 

Kesihatan kami anak beranak semenjak dua menjak ni agak meruncing. Boleh dikatakan setiap 2 minggu bergilir-gilir anak-anak tidak sihat termasuk diri sendiri. Pergi klinik/hospital doc cakap demam biasa tak perlu mula antibiotik,ada yg perlu mula depends keadaan melarat atau tak. Sebagai ibu takkan asyik nak bagi antibiotik setiap 2 minggu. memang mirauskan, setakat ni kami sekeluarga bertahan dengan Shaklee walaupun demam selesema dan batuk kami cuba meminimunkan pengambilan antibiotik utk anak-anak. Kesian anak-anak baru nak pulih nak membersar dah sakit balik. Sedih sebenarnya, tapi syukur shaklee membantu serba sedikit walaupun dia bukan ubat atau penjamin keadaan kesihatan tip top, tapi buat kami cukup membantu keadaan kesihatan kami tidak melarat atau kritikal.

Anak-anak dengan set shaklee mereke OMEGA GUARD, MEAL SHAKE, CHEWABLE VIT C & PERFORMANCE DRINK

Saya sendiri dengan SR Vitamin C, Vitalea, Bcomplex, Ostematrix, ESP & Performace Drink

untuk rumah setiap hari saya spray Basic H kebahagian yg berkulat, entah lah menghabiskan ikhtiar.

Thursday 4 December 2014

UNIFI VS ASTRO IPTV MAXIS FIBRE



Sebelum ni pernah menggunakan UNIFI tapi macam membazir pulak sebab ada ASTRO dan HYPP TV yang disertakan oleh UNIFI tetapi tidak digunakan sepenunya. UNIFI kami telah terminate hampir setahun atau lebih tidak berapa nak ingat.


Jadi hari ini dengan rasminya menggunakan MAXIS FIBRE 10MBPS ...

Moga dengan adanya kembali internet di rumah segala-galanya berjalan lancar..

Moga Blog sentiasa UPDATE ..Info dan ilmu sentiasa di TOP UP untuk kemudahan bersama.

Bulan 12 semakin hampir ke penghujung tahun 2014. 2015 bakal muncul dalam beberapa hari sahaja. Moga ada kenangan manis walaupun tak banyak sepanjang 2014.

December 2014 misi melengkapkan barang persekolahan anak-anak. Misi melengkapkan ILMU keibu-bapaan yang semakin mencabar untuk membesarkan anak-anak zaman ini. 

Banyak TASK yang kena di lengkapkan dan di mulakan.

Shaklee effect harus diteruskan, sekali melangkah terus melangkah

Friday 14 November 2014

ITS A PAY DAY..HARI GAJI GITU

Kalau dengar or terbaca status sesape yang begini..eh cik Octopus dah menari lahh..atau..Wahhh..En. Rimau dah mengaum...Itu tandanya Hari Gaji Kami ..


 
Pagi-pagi ni nak cerita pasal gaji la..walaupun SAHM/WAHM kan
Sejak setahun lepas saya secara rasminya bergaji..ada pay slip..ada borang ea ..hebat kan..

Korang mesti pelik sahm/wahm tp ada pay day setiap 14hb,pay slip ada ea form lagi..
lepas tu amount yg dibayar, ikut lah berapa korang nak..kerja ke arah itu,usaha ke arah itu dapat lah apa yg korang TARGET

Actually kerja ni menyambil..sungguh..tapi kalau mampu buat mcm kerja kat office hour ada time in n out lagi la masyuk...sebab bila takda timing fokus byk benda anak,suami,masak,rumah, dan lain-lain..

Ni sesambil menulis ni tengah masak breakfast,tgh mcuci pinggan mangkuk and buat air hhahahha.

kan kerja meyambil yg mendatangkan HASIL !!

NAK TAU MACAM MANA?? MSG I OK..

 Psst: I ni ada anak 3 yg tgh melasak tapi masih leh dpt gaji bulanan ya..