Friday 31 October 2014

NAK KE, TAK NAK KE? MANA PILIHAN HATI

Dalam organisasi Shaklee saya macam-macam perangai ada..ada yang nak makan sendiri ada yang join suka-suka ikut orang..ada yang bermusim..itu semua hak masing-masing betulkan

Dalam hidup pun kita ada pilihan nak atau tak ...jika kita memang TARGET NAK kan sesuatu kita akak PUSH diri kita macam nak gila kejar kehendak kita. Tapi jika kehendak kita tu tak berapa kukuh dan bayang-bayang yang kabur kita pun jadi kabur..

Jadi di manakah kita adakah kita mengejar CHEESE atau kita membiarkan CHEESE dikebas orang..??

Saya dalah proses mengejar CHEESE, tengah mencari jalan ke arah cheese yang berkualiti tinggi..tetapi onak nye masyallah sungguh mencabar...

Tapi di sini saya memang NAK cuma orang yang ada di sekitar saya tidak sesemangat saya..Jadi saya perlu bekerja keras tutup telinga dan mata tulikan diri ..bak kata zaman sekarang buat bodoh gitu...tapi bukan lah jadi bodoh tak bergerak..

Apa yang saya NAK buat masa ini insyallah 50% dalam fasa perubahan dr yang ntah apa-apa dah mula nampak cahaya ..dah mula nampak sinar dan jalan..

Semuanya bermula dari NAK dan sejauh mana kita paksa diri kita kejar NAK itu..

Dengan Shaklee saya NAK bebas hutang, Bebas berfikir, Bebas Masa, Bebas dengan anak-anak..Bebas membuat keputusan...

Saya NAK BEBAS supaya saya BEBAS dari cengkaman anasir-anasir negatif, pemikiran negatif dan kawan-kawan yang negatif...

Cukup la cerita NAK  ni...yang PASTI saya NAK BEBAS...


CINTA HATI, BUAH HATI OR INTAN PAYUNG...

Apa lah tajuk ni tak spesifik lansungkan takpa, nanti kita cerita-cerita lebih lanjut OK

Kalau lah seorang remaja tentulah cinta hati dia boyfriend tercintakan, kalau isteri sah-sah sang suami, kalau ibu sah-sah anak-anaknya ..

Tapi sebagai seorang manusia biasa cinta hati saya pelbagai kesemua di atas. Tamak kan? 
Well apa nak dikato perempuan nafsu besar hahahah...

tapi sejak jatuh hati dengan Shaklee sesungguhnya cinta hati saya adalah suami, anak-anak, keluarga dan diri sendiri...dan dah tentu Shaklee ajar saya menjaga cinta hati yang paling AGONG ...RAHSIA OK ..nak tau meh la join team kami..

Siapalah aku bak kata lagu Amy Mastura yg kecik molek yg sentiasa ayu walapun dah 40an...
Tapi dengan Shaklee saya belajar memperbaiki diri untuk memelihara cinta-cinta hati saya espcially cinta AGONG saya...

AGONG kat sini bukan Agong Y.M tu ..Agong cinta hati saya ni, tempat saya mengadu, menangis, merintih, meminta-minta, tempat saya memujuk diri saya sendiri...

Cinta hati lain mungkin acap kali mengecewakan saya jika attention yang saya perlukan tidak diberikan ..Tapi Cinta Agong ni hish dia tak berkomunikasi 1-1 pun tapi tetap penyujuk jiwa raga memberi ketenangan yg ULUNG..

Anyway siapa kata MLM tu takda makna...kalau takda MAKNA ..manakan datang CINTA AGONG ni...

SHAKLEE JE AJAR CINTA AGONG ni....

Jaga Cinta AGONG ni semua cinta hati akan terpelihara dan terjaga..Insyallah...

APA YANG BETUL APA YANG BOHONG

Dalam hidup ni kita ada pilihan nak hidup dengan bayangan yg indah-indah atau dengan realiti yang penuh liku. Kebiasaannya kita in between, kita biasa membohongi pemikiran kita hati kita untuk membuatkan kita rasa SECURE. 

Rasanya cukup la sepanjang beberapa tahun yang lepas hidup dalam bayang-bayang impian palsu..Time to grab the realiti dan hidup dengan yang BENAR..

Betul memang pahit dan pedih tapi itulah hakikat kehidupan. Yang betul itu pahit tapi ia akan jadi manis jika kita berjaya melalui fasa itu. Sesuatu yang benar, betul di alami ..sesuatu memori yang akan kekal sepanjang hayat kerana fasa itu sejujurnya betul-betul berlaku.

Dan apa yg benar dan betul berlaku bila di kongsi atau di kenang walaupun kita terlalu fobia untuk mengenang, ia adalah sesuatu yang boleh dibanggakan kerana kita lepas dari fasa itu.

Bohong kita boleh bercerita apa saja kepada sesiapa tetapi cerita itu tiada JIWA. Ia akan jadi sekadar cerita yang tiada rasa.

Shaklee?? 

Ada juga orang tanya betul ke? Bohong la...

Nak tau betul atau bohong makan la, rasa lah dah nikmatinya baru lah kita boleh label orang itu bercakap benar atau hanya omongan kosong..

Sepanjang tempoh pemakanan dan perkenalan dengan Shaklee insyallah saya berkongsi apa yang saya rasa dan teman-teman rasa setelah mengamalkan kehidupan dengan Shaklee

Love Shaklee, Live with it...

Thursday 30 October 2014

ESP DAN STRETCH MARKS

Lai-lai story pasal stretch marks..siapa yang takda kan? I penuh kat punggung dan peha memang tak comei sungguh la..dari zaman anak dara sampai mak budak memang target area situ je. Pregnant pun situ gak la pujaan dia nak melebarkan jajahan pecahan yg halus makin lebar pecahannya. .yang takda jadi ada..Cuma syukur perut memang tak la masuk no 4 dah memang perut terbias dari pecah dan rekahan..

 ni contoh ya apa tu stretch marks ...bukan gambar i ya ...

 
 

Tapi sejak minum ESP ni dlm x sedar sebenarnya rekahan yg dolu-dolu dah jadi halus x selebar sebelum-sebelum ni...paling ketara la kali ni pregnant dah nak masuk 5bln..kebiasaan rekahan dan melebar dan membesar dengan jayanya! Tapi kali ni TAK..
Macam tak caya..org cakap rekahan n selulit ni kena exercise nak pulihkan dia..tapi kalau collagen kat badan dah makin berkurang camne nak produce sel baru eh?
ESP sumber protein dia kerjanya repair dr dalam bina sel baru, baiki sel yg dah kurang mantap bagi berfungsi kembali..lepas tu kita top up dgn SR Vita C ada antioksida bantu kulit jadi comei dan anjal lagi..


Kalau nak cuba, nak rasa apa rasanya ESP meh contact I yer...sekali cuba pasti nak cuba lagi... 

SELIPAR JEPUN OH SELIPAR JEPUN



Kali terakhir saya memiliki selipar jepun rasanya waktu kanak-kanak, bila meningkat remaja tak pernah ada dan beli.

Masa kanak-kanak pun selipar jepun bukan buat pakai tapiiiiii buat main..ahahahha

Bila di compare zaman kanak-kanak sekarang dan zaman saya berbeza...

Waktu kecil banyak bermain dengan anak-anak jiran...anak-anak zaman sekarang? Jiran pun tak kenal mainan mereka PSP, TAB, IPAD, semua gadget elektronik..

Sesungguhnya saya miss zaman selipar jepun tu...it was fun dibesarkan pada zaman itu. Maianan semua mengeluarkan peluh...selipar ntah mana kita berkaki ayam bekejar, belari main getah, polis entry ..memori yang tak dapat dilupakan sesungguhnya..Selipar ni pelbagai kenangan yg indah...

Susun kaki macam ni kan...
 

Cari gambar guna en. google takda pulak...maybe en. google pun tak kenal zaman selipar jepun..so sad tiada gambar kenangan...


SUPPLEMENT KEGEMARAN SAYA....

Nak cerita supplement kegemaran hmm memang payah nak pilih sebenarnya tapi untuk keadaan saya sekarang pasti pilihan saya Ostematrix, SR Vita C dan Bcomplex dari Shaklee




Kenapa sebab sekarang kaki tangan selalu kebas/numb emosi tak stabil dan imun tak tip top sangat waktu-waktu pregnant ni. Senang benar selsema la sakit tekak la ...jadi teman setia saya sekarang memang 3 jenis nie

Makan pun bukan sebiji sehari tapi dah 4biji sehari ikut keadaan kesihatan dan emosi..jika stress pressure bcomplex 2-4bj kalau dah start bersin-bersin SR Vita C 2-4bj juga.

Tak risau makan extra sebab Bcomplex dan SR Vita C ni macam soluble larut dalam air takkan tersimpan dalam badan kalau terlebih consume.

SR Vita C dan Bcomplex ni bukan utk imun dan stress je tapi kulit pun halus mulus je kalau rajin consume hehheh,,berbaloi la tak yah nak makan macam-macam jenis kan..save cost shaklee ni sebenarnya..Siapa yang belum jatuh cinta meh la belajar-belajar, cuba-cuba nescaya memang jatuh cinta la ....

Tempat melepak utk kami sekeluarga...

Ikutkan tempat melepak ni memang tiada dalam kamus, tak sempat untuk melepak bila dah beranak pinak ni. Bukan senang nak berjalan bila handbag nya ramai, but we manage jugak selitkan sebulan atau dua bulan sekali memenuhi kehendak anak-anak. 


Tempat pilihan kami dah tentu LEGOLAND MALAYSIA even panas terik bak padang jarak demi anak yang hantu lego kami redah jua...terik pun terik la as long they are happy..

Mostly anak-anak akan main most of the ride dah penat mereka makan dan sambung balik journey diorang dengan ride. 



Kalau cuaca mengizinkan kami ke legoland water park berendam bagi sejuk badan.




Setiap kali ke legoland barang yg perlu di bawa...swimming suit anak-anak dan supplement shaklee untuk kami sekeluarga..supplement penting sebab dah berjalan seharian segala otot sendi diguna pakai memang la perlu bantuan tuk meneruskan journey pada keesokkan harinya...


FOOD ...LOVE TO EAT??

Kalau bercerita tentang makan dan makanan, selera makan saya NOW dan 10tahun yang lepas banyak berbeza ..
 
Jika 10tahun yang lepas menu-menu kegemaran saya asam pedas, sambal tumis petai, tempoyak petai, ikan bakar dengan air asam, sambal belacan, sambal tempoyak hish macam2 lagi la mostyly yg pedas ...
 
But NOW memandangkan pasangan saya ni tak tahan pedas dan petai saya berkorban la memang dah lama gila tak sentuh petai dan menu-menu di atas...rasa janggal nak makan petai nowdays... :(
 
Jujur i miss those moment buat-buat sekarang tengah pregnant macam tersiksa jiwa tak dapat geng yg sekapal...
 
Tapi last week ada yg belanja makan alhamdullilah dapat la makan ikan bakar pari walaupun tiada air asam or kicap bersama cili api, tetap syukur hehehehe...anyway dalam menu tu ada juga disertakan ketam nipah masak telur masin. 1st time makan ketam nipah sedap rupanya and now i'm craving for it. Barulah tau ketam nipah ni masa nak masak tu la baru kena bunuh dia ..kalau tak, tak sedap dan berbau..
 
 Gambar ni hiasan je kekeke

Oh tekak orang mengidam ni kesian tak sama dengan pasangan...nak masak takkan nak makan sensorang kan tak syok.,
 
Teringin asam pedas, ikan terubok goreng, ketam nipah telur masin ....siapa ada yg sudi nak join makan jom kita masak and makan sesama.. 

Rojak pun tak ketinggalan...saya suka rojak buah sebelah wisma genting ada food court dan rojak bellamy memang sedap..dah banyak tempat cuba rojak bellamy memang the best!!

BULAT KE SFERA KE..APA TU??

BULAT VS SFERA




Hari-hari tajuk makin mencabar minda untuk berfikir,,, tapi tak yah pening ok kita makan BCOMPLEX dengan OMEGA so minda cepat bertindak dan berfikir dengan tenang..

Bulat, semua orang tau bulat tu apa ...bulat ni terlalu general tuk diperbincangkan..tetapi sfera ketegori bulat juga tapi dia ada isipadu bukan yang rata seperti gambar atau lukisan.

Jadi dalam kehidupan kita yang sentiasa mencabar adakah lebih sesuai diklasifikasikan sebagai BULAT atau SFERA?

Pada saya kehidupan dan perjalanan hidup kita sehari-hari lebih kepada sfera antara sedar dan tidak. Banyak isi padunya, banyak ragamnya, banyak jisimnya dan banyak lagi sisi di sekelilingnya.

Sfera kalau kita compare BUMI dan kehidupan manusia yang sering diperkata hidup ibarat roda sekejap di atas sekejap di bawah..samalah sfera. Hidup manusia tidak statik rata ia berliku penuh dengan cabaran, dugaan dan rintangan. 

Mungkin nampak pelik kenapa saya kata hidup manusia ini sfera sebab macam tak related kan..tapi kita boleh pula terima hidup ini ibarat roda? bulat juga bentuknya kan, cuba roda itu ada sisi ada jisim ada isipadu bukan kah ia menjadi sfera? Roda boleh bocor dan pancit ..manusia juga begitu sifatnya sensitif mudah terluka terobek..

Apa itu Sfera terpulang pada isi hati masing-masing untuk di kupas. Pada saya sfera atau bulat ia saling memerlukan ..

Dalam Shaklee pun kita akan tempuh fasa SFERAAAAA


Wednesday 29 October 2014

TESTIMONI ESP BUAT DIRI SAYA ...!!!

ESP OH ESP 


Journey ESP saya bermula pada May 2013 selepas kelahiran anak ke 3. Saya bukan die hard fan Shaklee sebenarnya hehe..tetapi sewaktu di dalam OT Gynae memang terang-terang menghalang pengambilan ikan haruan, pati haruan dan yang sewaktu dengannya.

Disebabkan larangan KERAS gynae saya cuba menjinakkan diri dengan ESP SHAKLEE dan ZINC COMPLEX. Sebenarnya saya fobia nak consume Shaklee sebab testimoni ibu-ibu yang menyusu semuanya dasyat-dasyat, semuanya melimpah ruah supply susu. Saya pula memang dah melimpah ruah tanpa perlu makan supplement, jadi fobia tu more kepada takut bengkak susu, blocked duct dan masitis. Tapi memang tak dapat dielakkan dah saya terpaksa ambil juga dua produk ni untuk menjamin jahitan luka saya sembuh tanpa sebarang infection dan masalah.

Setelah 2 minggu berlalu saya perlu membuka jahitan CSECT hahah memang seram dengar tapi memang tak boleh nak larikan memang kena tempuh juga. Sepajang 2 minggu tu memang saya over supply seharian dengan menyusu secara direct 24jam sehari saya terpaksa pam juga sebab bengkak dan untuk elakkan masitis. Dalam tak diam sekali pam 10-15oz setiap sesi. Memang betul la penangan ESP ni bukan mainan dan omongan kosong. Bila sesi nak bukak jahit gynae suprise eh cantik nye satu line u makan apa? takda makan haruan kan...erk doctor ni kan dah larang memang takla makan. I makan Shaklee je doctor takda jamu ke set bersalin ke. Oh ok cantik dah baik ni dah tak payah risau dah jumpa saya 3bulan lagi untuk Paps ya. 

Dengan gumbira balik n slowly la i reduce kan intake ESP sebab tak sanggup OVER SUPPLY lama, kelamaan macam terputus hubungan dengan ESP. Masa dalam pantang ESP dengan warm drinks jelah kan cam MILO HORLICKS macam tak syok sangat so nak putus cinta pun tak la teruk benar...TETAPI bila ada yang suggest campur PEEL FRESH, YOGURT DRINK HAH TU DIA JATUH CINTA KEMBALI..

OOPSS lupa pulak sepanjang tempih kehamilan muka dan leher saya penuh jerawat parutnya hitam ada yang sangka saya kena chicken pox. Lepas bersalin 2-3bulan pun parut masih tiada perubahan sampai doctor kat klinik kata kena buat laser kalau nak hilangkan parut...satu kerja dan kos pulak la nak laser jadi redho jer la parut pun parut lah..

Dalam tak sedar saya bercinta kembali dengan ESP  syok layan minum dgn campuran peel fresh la, yogurt drinks la ikut la apa yg berkenan kat tekak kan rupanya parut yg doctor suggest kena laser tu dah hilang terus..siapa yang sangkakan..kos sangan minimum Sebekas ESP tahan 2-3bulan kulit satu badan mulus dan gebus..


 

Now saya tengah pregnant dan ESP membantu mengelakkan saya kena heartburn!!!!!

IT TAKES TIME TO COME BACK !! BUT I COME BACK WITH SHAKLEE



It was a total new life, love after unexpected things happen. Semua yang berlaku pasti ada sebab. Perkara yang berlaku tak semestinya gembira, ada pelbagai emosi yang terlibat. Tapi buat saya ianya adalah sesuatu kejadian atau musibah yg sangat sukar untuk dicerna minda, hati dan jiwa. Ia berlaku bagaikan panahan petir yg pantas dan memberi kesan yang mendalam seperti terbakar, hancur segala emosi, semangat dan keyakinan saya.

Tapi saya tetap bersyukur walaupun dikala semangat terbang menghilang, emosi tidak stabil, kawan yg di anggap kawan juga semuanya luput tanpa berita, masih ada beberapa orang sahabat yang masih setia di belakang saya sampai ke saat ini, mereka masih setia di sisi saya. Waimah keluarga pun tak sesetia mereka.

Apa yang terjadi masih kekal dalam memori kami sekeluarga, fobia masih menghantui kami tetapi semenjak September 2013, sahabat yg setia, perlahan-lahan menunjukkan lorong untuk saya bangkit dan bangun. Walapun tidak sepenuhnya kembali tetapi Alhamdullilah saya tetap syukur. Sahabat itu menunjukkan lorong SHAKLEE yang selama ini hanya saya serta menjadi ahli tidur. Dengan Shaklee saya membuat jaringan baru, dengan rakan-rakan yang baru dan saya lebih berhati-hati memilih kawan,

Shaklee bukan semata sumber kewangan, ia lebih dari itu. Dari Shaklee saya banyak belajar untuk bangkit dan meneroka walaupun kadang-kadang ragu dan fobia muncul tapi saya tetap teruskan. Keluarga dan anak-anak lebih terjamin walaupun Shaklee tidak menjanjikan puluhan ribu ringgit tetapi cukup la ketenangan yang saya temui dengannya.

Untuk saya melangkah menulis blog ini juga saya mengambil masa berbulan-bulan untuk mengalihkan cheese yang selama ini buat saya rasa selesa dan secure. Rupanya ianya tidak cukup selesa buat kami.

Terima kasih buat Shaklee, terima kasih buat UPLINE saya, terima kasih buat sahabat-sahabat yang masih setia, anda tahu siapa anda,

Sesungguhnya perubahan ini adalah sesuatu yang tidak dijangka..