Kali ni dapat mengada-ngada nak skin to skin in OT hahah sebab dapat LC touch dr bff aka nurse yg comel..dah plan berbulan-bulan dengan dia ...dia pun sama berdebar tunggu no 4 ni..dia lagi excited sebab dia miss 2 delivery sebelum ni...
So pagi-pagi 20 Mac dia dah sampai masuk OT sesenyap hahha tak inform pakar tak inform pead..masuk-masuk dia sengih-sengih ..say hi, hi then lepas baby keluar cecepat dia ambil and weight kan n bagi pead check semua ..then dia bg skin2skin dalam 5minit ..kejap jer even kejap tapi sangat bermakna..takda picture ya sebab hubby dah keluar masa ni .
So dlm kul 10am baby dapat room in dah Alhamdullilah ...takda la susah nak latch on pun ..yerla anak no 4 kan cuma nak moving semua abit hard la almaklum la 1/2body still under anastetik lagi...need help dr nurse now on then ..susu tak cukup semua takda isu memang susu melimpah ruah..Day 3 memang dah tak leh nak menampung lagi dah rasa macam nak demam urat nak angkat tangan pun tak boleh ..bengkak susu melanda hahhah..pinjam pam dr wad ..konon-konon malas nak pam sebab fikir takda siapa yg nak minum nanti ..
Well-well rupanya ada orang tu rindu ..so dia request bagi je la tuk 2-3minggu dia minum EBM dlm botol air dia...kesian abg kan ...takpe la abg rezeki awak tuk sambung ...susu memang meriah sangat meriah..i memang dr golongan susu yg meriah ..tapi kali ni mmg meriah sangat ..semua bergantung pada badan..badan tak lesu, tak stress, makan, makanan seimbang berkhasiat ..hati senang susu pun flow senang..
Few picture tuk tatapan utk membakar semangat kalian yg sedang menyusu..
masa dalam wad
berkenaan jaundice pula, most kids ada jaundice antara tinggi atau rendah , anak-anak saya most ada mild jaundice tapi saya percaya PENAWARNYA adalah SUSU IBU, saya tidak mengamalkan apa-apa petua utk menurunkan jaundice anak-anak saya kecuali jemur dia sekejap di bawah sinaran matahari pagi itu sahaja! selainnya adalah susu ibu..
Perlu ke RISAU tentang jaundice? jaundice baby tak sama dengan jaundice dewasa..jaundice dewasa adalah petanda kegagalan hati berfungi..tetapi untuk jaundice baby sebalikanya, sistem belum matang proses utk mengeluarkan bilurubin. Cara pengeluaran bilurubin dengan feed baby sekerap mungkin supaya baby kerap kencing dan berak..najis yg bewarna hitam legam tu akan keluar dalam 2-3hari selepas tu najis akan bertukar kuning..TETAPI jika najis baby ada bewarna lain selain dr kuning contoh bewarna cream/putih sila dapatkan perhatian pakar. Jaundice yang perlu di ambil berat adalah sekitar day 1-7 selepas day 7-10 keatas ia dipanggil breastmilk jaundice ...nampak kekuningan pada baby tetapi pekembangan baby normal berat meningkat dan berak kencing kerap dan warna normal iaitu kuning, kebiasaan doktor akan letgo dan minta teruskan penyusuan macam biasa dan tidak perlu risau apa-apa..
ibu-ibu di nasihatkan meninggalkan segala jamu atau makanan yang boleh menyebabkan jaundice meningkat sekurang-kurangnya 40-44hari. Selepas pantang jika baby sihat boleh teruskan dengan misi ibu-ibu yang nak MELETOPS selepas pantang nak naik kerja kan ..MESTI nak IMPRESS org office tak gitu.
HAPPY BREASTFEEDING !!
INGIN TIPS TINGGALKAN CONTACT DI KOMEN ..SAYA AKAN BANTU ANDA
No comments:
Post a Comment