Tuesday, 5 May 2015

BERPANTANG KALI KE 4

Tajuk sangat bersungguh-sungguh macam pantang cara tradisional sangat. Takda pantang beria pun sebab anak dah 4, mana yang nak sekolah mana yg nak pergi kerja..makan minum lagi..
Macam biasa la saya ni WAHM memang semua sendirian berhad takda helper, takda maid. Jadi bila time pantang ni life must goes ON gitu ..tak masak jawapan anak-anak tak makan la kaedahnya kan. Takleh nak memanja sangat la cam orang lain. Discharge hospital at day 5 so balik tu kita tapau je food hehhe takda mana sempat nak masak kan. Makan la anak beranak setelah 5hari away dari anak-anak day 5 baru dapat bersatu kembali..

Pantang sebelum-sebelum ni especially no 1 dan 2 memang tak beli apa-apa set bersalin just beli pil haruan n ikan haruan itu jer la yg di makan masa dalam pantang..takda fikir nak kecut ke nak rapat ke apa ke. Fokus utama breastfeed dan nak par level kan jaundice itu sahaja. Makan pun makan semua ikut badan and tekak.

Tapi no 4 ni memang dari awal consume shaklee dr deliver yg no 3, sebabnya pakar dah warning masa no 3 no more haruan kan ..cuma bezanya masa no 3 consume zinc complex dan ESP soy protein sahaja..masa ni jahil lagi lom jatuh cinta dengan shaklee..makan just tuk fokus baikkan luka asap. Yang ke 4 ni memang dah makan basic set (bcomplex, ostematrix, SR Vita C, ESP, MS,PD) dari awal jadi lepas bersalin sambung jer makan add on zinc complex dan lechitin.

Bersalin kali ni sama je proses nye kena bukak jahit selepas seminggu hahaha...fobia kan dengar...sebab tu FOKUS nak cepat baik luka ...So by day 5-7 tu memang dah leh move freely rasa perit tu standard la tapI bukan tahap berguling-guling pun, Bila jumpa pakar by day 7 wah luka memang takda kudis apa pun bersih kulit semata dan ada satu line parut yg pudar bukan parut yg hitam legam tu..impressive gitu hasilnya. Pakar pun cakap well cantik so see you in 3mths time tuk paps smear..Saya ada ambil tonik ajaib alhamdullilah memang rasa LAIN..saya ambil atas kapasiti badan dan kesesuaian badan sendiri juga baby. Saya takkan tunding jari kemana-mana pihak sebab saya yg makan dan risiko saya dgn hati terbuka terima..memang bahaya tonik ni sungguh..kulit gebu bersih..luka cantik..badan segar bugar 



So rutin memasak semua berlaku seawal day 8 camtu siang ikan etc, masak dah sebagainya..siapkan anak-anak nak ke sekolah bagi makan. By 2week dah pegang stereng kereta sebab terdesak takda siapa nak hantar anak sekolah so far alhamdullilah takda rasa apa-apa sakit ke apa, takda bentan dan sebagainya. Segar dan rasa FIT.

Berat last pregnancy 58kg day 7 post delivery dah 51kg, lepas 2 minggu dah pakai jeans normal bukan maternity jeans ya...size 26!! Dalam 2minggu ni jugak pelbagai hasil baking terhasil..










Jadi sepanjang 44hari berpantang, rutin harian saya macam hari-hari biasa..tiada yg special pampered or mandi air rebusan sekian ke ..memang tak sempat pun ..jadi memang saya pentingkan yang dalaman. Orang kata eh tak baikkan dalam pantang cergas sangat, eh nanti dah tua kau tau la..Pada saya cergas atau nak bermanja-manjakan badan sampai tak begerak lansung itu terpulang hak individu. Nanti dah tua atau sekarang pun rezeki masign-masing..TAPI kalau takat pantang 44 hari lepas tu melantak macam nak rak sama je kaedahnya rasanya...apa kita makan sekarang adalah kita di kemudian hari..Jadi makanlah benda yang menjamin kesihatan dikemudian hari dr awal bukan sekadar waktu BERPANTANG.


PERINGATAN: APA YANG SAYA TULIS NI ADALAH UNTUK BADAN SAYA YA..NI BUKAN TREND KE APA ..SAYA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB JIKA ANDA INGIN FOLLOW... :)

No comments:

Post a Comment