Tuesday, 4 November 2014

SYUKUR NIKMATINYA..



Terjaga jam 2pagi retetan sekecil terjaga ingin air, usai air dia mintak makan tatkala makan dia muntah, agaknya perut kosong penuh angin..selesai muntah dia sambung makan kembali dan jam menunjukkan jam 3pagi. Dia masih setia celik matanya menonton rancangan kegemarannya.

Syukur masih mampu bergerak menguruskan anak-anak walaupun tanpa bantuan maid atau parents. Semua di lakukan sendiri walaupun suami sering outstation. Ikut badan memang penat tapi sebenarnya rasa satu kepuasan bila anak-anak membesar depan mata dan dengan usaha kita sendiri. Makan pakai dan keperluannya masih dapat kita tunaikan sendiri. Perkembangan tumbesaran berlaku depan mata, syukur dapat mendengar celoteh, anak-anak bercakaran sesama sendiri yang kadang-kadang mencabar iman seorang ibu. Syukur masih diberi peluang bangun seawal jam 2 untuk melayan kehendak anak kecil ini. 

Syukur dikenalkan dengan Shaklee, Shaklee banyak membantu saya menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Shaklee menjamin kesihatan kami dan kesegaran badan saya supaya rutin harian saya dapat di lakukan tanpa halangan. Dengan Shaklee keletihan tubuh badan saya amat minimum. Syukur dengan Shaklee dan dengan tunjuk ajar UPLINE saya banyak yang saya perbaiki dalam kehidupan saya dan keluarga.

Kadang-kadang kita alpa perkara-perkara kecil yang berlaku walaupun nampak tidak penting tetapi ianya sesuatu yang sebenarnya kita tanpa sedari kita lupa untuk memanjatkan rasa syukur. Sebagai manusia yang jahil, kadang-kala saya juga alpa, tetapi saya cuba meminimum kan kealpaan itu supaya saya masih terus merasa nikmat yang dikurniakan dalam pelbagai bentuk.

Syukur masih lagi di beri peluang menulis di sini kembali setelah lama meninggalkan rutin ini..

 

No comments:

Post a Comment