Monday, 3 November 2014

HERO..

 

Hero lagu ni cukup memberi kesan mendalam..kita selalu memuja sesiapa sahaja sebagai hero kita tapi sedarkah kita yang hero sebenar itu ada dalam diri kita? If u look inside your heart...

Sometimes kita terlalu leka dengan kehidupan untill kita lupa yang sebenarnya kita adalah seorang hero...Hero yang bagaimana kita impikan? Kita sendiri yang cari dan warnakan, Kita sendiri yang lakarkan dan corakkan mengikuti spesifikasi yang kita angankan..

Hero..

Jika kita mengagumi orang peseorangan itu adalah hero kita kenapa tidak kita kagumi diri kita sendiri yang telah berjuang bermati-matian sepanjang usia kehidupan kita?

Untuk ibu-ibu yang pernah mengandung, melahirkan dan membesarkan anak...tidakah ada rasa diri anda adalah HERO ..untuk melalui saat itu berulang kali pada setiap kelahiran yang allah aja tau betapa sukar, sakit, deritanya anda bertarung nyawa  ..

Untuk isteri jika anda tiada siapakah yang akan menjadi tulang belakang sang suami yang ada masanya jatuh berguguran di duga, di uji, ..bukan kah anda sendiri adalah HERO dalam keluarga anda...

Buat anda yang belum berkahwin bukan kah anda HERO buat ibu dan ayah anda...bukan kah anda yang memastikan ibu dan ayah anda dalam keadaan terjamin kesihatannya, kehidupannya dan keperluannya..

kadang kala kita alpa atau dikaburi dengan pelbagai isu sampai kita tidak sedar yang sebenar-benarnya HERO itu ada dalam diri kita sendiri...Samada HERO itu berjuang atau HERO itu menyerah pada kehidupan...



No comments:

Post a Comment