hmm bukan tidak bersyukur dengan rumah yang sedia ada, Alhamdullilah syukur kerana pada usia muda mempunyai rumah sendiri tanpa perlu menyewa. Harga rumah di KL ni faham-faham je lah kalau bawah 200k memang merasa rumah yang bertingkat-tingkat sahaja.
Al-kisah rumah kami ni dah almost 10yrs. Lately ni bahagian dapur dan yard dapur dan macam ada snow falling off dari siling ..bukan snow macam cerita FROZEN tu tau..ni snow yang jatuh adalah serpihan/rekahan cat yang tertanggal dari siling dapur dan yard. Mula-mula fikir maybe pemaju pakai cat murah tapi ..tapi mati di situ tak mencari punca atau bertanya..makin lama drop off cat makin besar dan luas..Hati risau jgn la kitchen cabinet ni menyembam ke lantai gara-gara kembang
SEBULAN LEPAS |
NOW |
Isu ke dua pula wall master bedroom dan hall kami dinaikin kulat memang buruk ...fikir maybe cat murah pemaju guna tapi waimah cat murah sekalipun patutnya KULAT terjadi di luar dinding apartment yang expose matahari dan hujan bukan di dalam unit rumah.
Suatu hari kak wa bercerita mengenai rumah di landa banjir gara-gara salur paip hujan tersumbat!! Dari situ barulah terfikir entah-entah isu kami ni ada kaitan dengan salur paip mana-mana yang bermasalah.
Mula hubungi budak maintenance bangunan dia kata kulat sebab cat kak..bukan leaking, kalau leaking mesti ada water mark. Sampai saat ini masih rasa tak puas hati dengan penjelasan CAT tu. Lepas tu budak ni claim pemaju pakai cat murah. Cat murah atau mahal kalau takda serapan air dari mana-mana impossible la naik KULAT.
Berkenaan siling dapur ya memang unit atas kami bermasalah, yang sedihnya unit atas ni menyewa dan tak bagi kerjasama bila minta no owner. Sampai saat saya menulis ni masih tiada sebarang perkembangan berkenaan isu ini, Maintenance pun bagi seribu satu alasan bila bertanya tentang contact no.
Kesihatan kami anak beranak semenjak dua menjak ni agak meruncing. Boleh dikatakan setiap 2 minggu bergilir-gilir anak-anak tidak sihat termasuk diri sendiri. Pergi klinik/hospital doc cakap demam biasa tak perlu mula antibiotik,ada yg perlu mula depends keadaan melarat atau tak. Sebagai ibu takkan asyik nak bagi antibiotik setiap 2 minggu. memang mirauskan, setakat ni kami sekeluarga bertahan dengan Shaklee walaupun demam selesema dan batuk kami cuba meminimunkan pengambilan antibiotik utk anak-anak. Kesian anak-anak baru nak pulih nak membersar dah sakit balik. Sedih sebenarnya, tapi syukur shaklee membantu serba sedikit walaupun dia bukan ubat atau penjamin keadaan kesihatan tip top, tapi buat kami cukup membantu keadaan kesihatan kami tidak melarat atau kritikal.
Anak-anak dengan set shaklee mereke OMEGA GUARD, MEAL SHAKE, CHEWABLE VIT C & PERFORMANCE DRINK
Saya sendiri dengan SR Vitamin C, Vitalea, Bcomplex, Ostematrix, ESP & Performace Drink
untuk rumah setiap hari saya spray Basic H kebahagian yg berkulat, entah lah menghabiskan ikhtiar.
No comments:
Post a Comment